suria

Lucinta Luna kini ingat dosa, menyesal buat pembedahan plastik

Lucinta akui ada terdetik rasa menyesal.

SELEPAS beberapa kali melakukan pembedahan plastik bagi mengubah penampilannya, Lucinta Luna mula menyesal dengan tindakannya kerana taksub untuk kelihatan cantik.

Meskipun ramai yang memuji wajah terbaharunya, selebriti transgender ini memberitahu terdetik rasa berdosa disebabkan tindakannya sebelum ini.

“Saya salah seorang yang mengikut nafsu. Dosa atau tidak itu adalah urusan saya dengan Tuhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lucinta Luna bedah buang halkum, kini mahu dikenali sebagai Ratu 9 Nyawa

“Saya sudah pergi sejauh ini. Saya bagaikan tidak sedar kerana mahu kelihatan cantik. Sekarang saya menyesal,” katanya menerusi temu bual dengan Denny Sumargo di saluran YouTube miliknya.

Bercakap tentang keputusan untuk melakukan pembedahan plastik sebelum ini, kata Lucinta ia dibuat secara drastik selepas hanya sekali sesi konsultasi bersama doktor.

Ketika itu dia tidak berfikir panjang walaupun pada awalnya hanya untuk mendapatkan nasihat doktor sahaja.

Selain menukar bentuk wajahnya, Lucinta turut melakukan pembedahan membuang halkum supaya lebih yakin bahawa dirinya seorang wanita.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain