suria

Rizky Billar mengaku masih cintakan Lesti Kejora, tak terfikir nak bercerai

Rizky Billar tidak mahu bercerai kerana sayangkan anak.

MESKIPUN sudah tidak lagi tinggal sebumbung, pelakon Rizky Billar enggan berpisah dengan isterinya iaitu Lesti Kejora.

Memetik laporan Detik Hot, peguam yang mewakili Rikzy menyatakan bahawa pelakon berkenaan masih mencintai isterinya ketika ini.

Menurut Ade Erfil, anak guamnya itu tidak pernah terfikir untuk bercerai walaupun pelbagai kontroversi sedang melanda rumah tangga mereka.

Rizky sayangkan Lesti dan juga anak mereka, Leslar.

"Rizky tidak mahu menceraikan isterinya kerana mereka ada anak dan dia sangat mencintai isterinya," katanya.

Tambahnya, kekerasan yang dilakukan Rizky terhadap Lesti masih belum terbukti dan pertengkaran itu menjadi satu kebiasaan dalam rumah tangga.

"Mana buktinya? Perkara itu perlu dibuktikan untuk benar agar orang ramai tidak salah sangka. Dalam rumah tangga bergaduh itu perkara biasa dan akan berulang kali," jelasnya.

ARTIKAL BERKAITAN: Minta izin tunai umrah melalui WhatsApp... Lesti Kejora dianggap tak hormat Rizky Billar sebagai suami

ARTIKAL BERKAITAN: Rizky Billar lafaz cerai terhadap Lesti Kejora, peguam dakwa pasangan itu sudah berbaik

Sebelum ini, tular video di media sosial yang memaparkan Rizky membaling bola snuker ke arah isterinya dipercayai dalam keadaan marah.

Malah Rizky juga dikatakan telah melafazkan talak kepada Lesti ketika pertengkaran tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain