suria

Baru berusia 6 bulan, anak Nikita Willy sudah diajar makan sendiri

Nikita Willy punya cara sendiri dalam mendidik pemakanan anaknya.

PELAKON Indonesia Nikita Willy menarik perhatian netizen apabila mula mengajar anak lelakinya, Issa Djokosoetono makan sendiri meskipun baharu berusia enam bulan.

Apa lebih memeranjatkan, Nikita turut memberikan makanan keras termasuklah ayam, brokoli dan mi kepada bayinya itu.

Kapan Lagi melaporkan cara didikan pelakon itu mendapat pelbagai reaksi peminat termasuk ada yang kagum melihat Issa berselera setiap kali menikmati hidangan yang disediakan.

nikitaa1

Sewaktu majlis akikah Issa Xander Djokosoetono.

Tidak kurang melahirkan rasa bimbang kerana merasakan makanan yang diberikan tidak sesuai untuk bayi berumur enam bulan selain bimbang Issa akan tercekik.

"Kenapa makanan itu tidak dihaluskan. Ayam atau brokoli keras dan liat. Memang boleh ke bagi kepada bayi enam bulan?

ARTIKEL BERKAITAN: Selain tunjuk kemewahan, ada sebab Nikita Willy pilih bersalin di Amerika

ARTIKEL BERKAITAN: Suami izinkan Nikita Willy bekerja selepas berkahwin, tapi dengan satu syarat

"Saya suka tengok gelajat Issa makan. Setiap kali melihat Insta Story Nikita, pasti terhibur melihat aksi comelnya," komen netizen.

Nikita turut berkongsi perjalanan tumbesaran dan pemakanan bayinya itu bersama pengikutnya di Instagram.

Difahamkan, cara didikan ini dikenali sebagai baby led weaning (BLW) yang bertujuan supaya si bayi boleh makan makanan padat dan tidak hanya bubur semata-mata.

nikitaa2

Antara makanan yang disediakan untuk Issa.

Antara makanan yang diberi adalah seperti brokoli, ayam, kentang, avokado, telur dan salmon.

Terdahulu, Nikita pernah berkongsi alasan mengapa dia memilih untuk melahirkan anak di luar negara. Ia bukan sekadar untuk bergaya dan menunjukkan kemewahan tetapi pelakon ini ingin menikmati waktu berpantang tanpa kehadiran tetamu.

"Nah, saya paling suka bila baby Izz makan. Setiap kali lihat instastory Nikita, pasti terhibur melihat gelagat Izz makan," tulis netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain