suria

Paula Verhoeven diserang migrain 2 hari berturut-turut, tertekan fikir isu laporan palsu Baim Wong

Paula mengalami serangan migrain gara-gara tindakan suaminya.

ISU laporan polis palsu yang dibuat pelakon Baim Wong berhubung keganasan rumah tangga membuatkan isterinya, Paula Verhoeven mengalami migrain selama dua hari.

Paula diserang penyakit itu kerana tertekan memikirkan tindakan Baim yang pada awalnya sekadar gurauan kini bertukar kecoh sehingga mereka teruk dikecam netizen.

"Saya kena serangan migrain selama dua hari kerana memikirkan masalah ini," katanya menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.

Sementara itu, menerusi video sama, rakan selebriti iaitu Raffi Ahmad turut dilihat menasihati pasangan itu yang kini disiasat berhubung laporan palsu yang dibuat Baim baru-baru ini.

Untitled design (2)

Paula Verhoeven mengalami migrain selama dua hari gara-gara tindakan suaminya.

Raffi meminta Baim dan Paula tidak mengulangi perbuatan itu pada masa hadapan kerana kesannya menyusahkan mereka berdua sehingga terpaksa berdepan tindakan undang-undang.

"Saya yakin masyarakat Indonesia akan memaafkan anda berdua meskipun mereka cepat marah dengan apa yang terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video ‘prank’ lapor polis keganasan rumah tangga, Baim Wong teruk kena kecam

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven dedah selalu kena ejek di sekolah gara-gara terlalu tinggi

"Apa paling penting anda berdua tidak mengulanginya lagi," katanya.

Suami kepada Nagita Slavina itu memberitahu dia dan Baim merupakan sahabat baik dan selalu akan menasihati antara satu sama lain sekiranya berdepan dengan sebarang masalah.

Tambah Raffi lagi, dia tidak mahu sahabatnya itu berkecil hati dengan apa yang berlaku dan meminta mereka memberi fokus kepada perkara positif selepas ini.

Raffi Ahmad minta Baim dan Paula berhenti buat konten negatif.

Raffi Ahmad (kanan) banyak menasihati pasangan ini.

"Peminat yang sebenar akan menegur mereka jika tindakan dilakukan ternyata salah... tetapi pengikut sejati akan beri sokongan jika anda berubah menjadi lebih baik," jelasnya.

Ketika ini Baim dan Paula disiasat pihka berkuasa berhubung laporan palsu berhubung keganasan rumah tangga dan turut melibatkan seorang anggota polis yang mengambil laporan tersebut.

Baim dipercayai membuat tindakan itu sebagai prank kepada kes melibatkan Lesti Kejora dan Rizky Billar yang kecoh di Indonesia sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain