suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven dedah selalu kena ejek di sekolah gara-gara terlalu tinggi

Paula kerap dibuli disebabkan memiliki ketinggian berbeza dengan pelajar perempuan lain.

GARA-GARA memiliki ketinggian berbeza daripada pelajar perempuan lain, isteri kepada pelakon Indonesia Baim Wong iaitu model Paula Verhoeven mendedahkan dia pernah menjadi mangsa buli di sekolah.

Memetik laporan Liputan6, Paula memberitahu dia sering diejek oleh rakan-rakan di sekolah namun tiada siapa yang berani mengganggunya secara fizikal.

"Ya, saya pernah menjadi mangsa buli ketika di bangku sekolah. Waktu itu, di sekolah jarang ada perempuan tinggi. Tapi saya dibuli dengan ejekan saja.

"Tak ada yang berani buli secara fizikal," dedah Paula yang mempunyai ketinggian 183 sentimeter

Paula berkongsi pengalamannya dibuli ketika di sekolah menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube Thariq Halilintar baru-baru ini.

Dalam pada itu, Paula berkata biarpun terpaksa memakai kasut tinggi ketika bekerja namun dia lebih selesa mengenakan selipar saja.

"Ketinggian saya semakin hari semakin meningkat. Sebab itu, saya tak boleh pakai kasut tinggi. Tapi sebab saya bekerja dalam bidang fesyen yang memerlukan saya pakai kasut tinggi.

"Cumanya kalau penggunaan harian, saya hanya akan pakai kasut yang tiada tumit saja," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain