suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chanyeol (EXO) dituduh jadi pembuli jalan raya, tunjuk isyarat lucah ketika memandu

Pihak pengurusan nafi Chanyeol terlibat kes buli jalan raya.

PIHAK pengurusan yang mewakili Chanyeol dari kumpulan EXO menafikan kenyataan seorang wanita yang mendakwa penyanyi tersebut telah bertindak biadab dan menjadi pembuli jalan raya.

SM Entertainment juga dalam satu kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Chanyeol (EXO) bakal membintangi filem Korea, mula jalani penggambaran pada penghujung Ogos

“Lelaki seperti dikatakan bukan Chanyeol dan kenderaan yang dinaiki individu dimaksudkan berbeza dengan apa yang dimiliki oleh penyanyi itu.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut,” ujar satu kenyataan seperti yang dipetik dari Soompi.

Pada 26 April lalu, tular satu video seorang wanita yang mendedahkan dia diancam oleh seorang pemandu di jalan raya dan mendakwa individu tersebut adalah Chanyeol.

“Pada suatu hari saya menunggang motosikal ke tempat kerja dan ketika itu sebuah kereta import dipandu dalam keadaan berbahaya.

“Saya cuba mengelak kereta tersebut dan kemudian pemandu itu menunjukkan isyarat lucah ke arah saya.

“Apabila menghampiri kereta tersebut dan bertanya tindakan yang dilakukan itu, saya sedar bahawa lelaki itu adalah seorang penyanyi popular,” jelas wanita tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Chanyeol Exo, Kumpulan Exo, Kpop

Artikel Lain