suria

Wi Ha Joon bimbang dilupakan peminat, sentiasa ingat pesan ibu bapa

Ha Joon mahu terus konsisten dalam lakonan.

SAMBUTAN hangat penonton terhadap drama Squid Game melonjakkan populariti nama pelakon Wi Ha Joon yang memegang watak Hwang Jun Ho dalam siri tersebut.

Walaupun semakin dikenali, Ha Joon tidak mahu terus berasa selesa kerana dia sedar peminat boleh melupakan dirinya sekelip mata jika tidak terus konsisten.

ARTIKEL BERKAITAN: Keserasian Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon dalam 'Bad and Crazy' bukan dibuat-buat, aksi 'bromance' yang ditunggu-tunggu

“Apabila Squid Game mendapat respons baik peminat, saya sangat gembira dan masa sama turut bimbang.

“Dalam dunia lakonan, peminat akan mudah lupa jika saya tidak muncul dalam mana-mana drama lain. Saya tidak mahu kecewa disebabkan perkara tersebut. Jadi saya harus sentiasa konsisten.

“Saya sentiasa berfikiran begitu supaya tidak terus selesa,” katanya seperti yang dipetik dari Soompi.

Dalam masa sama, Ha Joon sentiasa ingat pesan ibu bapanya supaya merendah diri walau ketika berada di puncak kejayaan.

“Sejak kecil saya sudah dilatih oleh kedua ibu bapa supaya sentiasa bersikap merendah diri dan tidak terlalu bangga dengan apa yang telah dicapai.

“Saya tidak mahu gembira hanya sehari sahaja apabila nama mula dikenali. Kalau boleh saya tidak mahu orang menganggap saya sudah berubah,” jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain