suria

Keserasian Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon dalam 'Bad and Crazy' bukan dibuat-buat, aksi 'bromance' yang ditunggu-tunggu

Aksi bromance Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon dalam Bad and Crazy.

PELAKON popular Lee Dong Wok sekali lagi menunjukkan sisi 'bromance' bersama pasangan gandingannya aktor Wi Hajoon menerusi drama terbaharu berjudul Bad and Crazy.

Lee menerusi sidang media Bad and Crazy memuji komitmen yang ditunjukkan Wi Hajoon dalam menjayakan drama itu dan mudah memberikan kerjasama.

ARTIKEL BERKAITAN: YouTuber cantik berusia 21 tahun ditemui mati, lama menderita gara-gara jadi mangsa buli siber

"Kami memang 'ngam' di set sehinggakan saya selalu berasakan kami ibarat orang yang sama. Wi datang ke set penggambaran dengan minda terbuka.

Para pelakon semuanya hadir dalam satu sidang diadakan secara global pada 13 Disember iaitu Lee Dong Wook, Wi Ha Jun, Han Ji Eun dan Cha Hak Yeon.

Antara pelakon drama Bad and Crazy.

"Saya akan berikan pelbagai pendapat dan beliau mendengar segalanya. Sangat mudah untuk kami bekerjasama. Melihat kami jadi sahabat akrab memang terasa ia tidak dibuat-buat," ujar Lee.

Sementara itu, Wi Hajoon yang terkenal menerusi siri Squid Game berkata, keakraban yang ditunjukkan dalam drama itu bukan lakonan sebaliknya mereka kini sahabat sebenar.

Dia juga memasang impian untuk memenangi Pasangan Terbaik di Baeksang Arts Awards.

"Sememangnya pada awalnya, watak saya dan Lee memang tak sebulu. Tapi lama-kelamaan, kami menjadi sahabat sejati yang sama-sama memperjuangkan keamanan.

"Impian saya untuk kami memenangi trofi Pasangan Terbaik pada Anugerah Seni Baeksang. Begitulah sepadunya keserasian antara kami.

"Kalau saya perlu rumuskan hubungan saya dan Lee, kami adalah sahabat sebenar.

"Ia ibarat anda punyai sahabat sejak kecil yang selalu main bersama, bergaduh bersama dan melontar kata kesat kepada satu sama lain tetapi akan merindui apabila sahabat anda tiada di sisi," ujarnya.



Lee Dong Wook puji lakonan Wi Ha Joon.

Bad and Crazy mengisahkan seorang inspektor polis (Lee Dong Wook) yang bercita-cita tinggi, manakala Wi Ha Joon pula membawa watak ‘K’ iaitu seorang pemuda yang gila-gila tetapi berpegang kepada etika dan berani untuk menegakkan kebenaran.

Selain Dong Wook dan Ha Joon, dua lagi bintang penting dalam drama Bad and Crazy adalah Han Ji-eun dan N. Drama terbabit ditayangkan secara serentak di 191 wilayah Korea Selatan pada setiap Jumaat dan Sabtu menerusi iQiyi.

.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain