suria

Dituduh pernah jadi gigolo dan bercinta dengan pondan, Rizky Billar bakal ambil tindakan saman

Rizky Billar bakal mengheret individu yang membuat fitnah terhadapnya ke muka pengadilan.

BELUM reda isu keganasan rumah tangga terhadap Lesti Kejora, timbul pula dakwaan kononnya Rizky Billar pernah bergelar lelaki simpanan atau gigolo wanita termasuk golongan pondan.

Tidak mahu berdiam diri dengan tuduhan memalukan itu, Rizky bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu dikenali sebagai Satria Mulia kerana menyebarkan berita palsu tanpa bukti kukuh.

Peguam Indra Tarigan berkata, dia juga bakal menjadi kes tersebut selepas Rizky sendiri menunjukkan bukti-bukti laporan palsu dibuat Satria terhadapnya.

rizky billar 2

Gambar lama Rizky tular dan menjadi bualan netizen.

"Rizky mengubungi saya dan menunjukkan semua bukti. Dia minta saya jadi peguamnya namun saya kata, biar saya menjadi saksi jika mahu membuat laporan.

"Secara jelas Satria telah melampaui batas kerana berani mengeluarkan kenyataan yang sama sekali tidak benar dan fitnah," katanya seperti dilaporkan DH Entertainment.

ARTIKEL BERKAITAN: Kisah lama terbongkar, Rizky Billar didakwa pernah jadi gigolo dan ada anak dengan wanita lain

Sebelum ini, dalam kekecohan kes keganasan rumah tangga melibatkan dirinya, netizen dikejutkan pula dengan beberapa foto Rizky yang mendakwa dia pernah menawarkan perkhidmatan sebagai teman lelaki upahan.

Malah dia didakwa pernah menjalinkan hubungan songsang dengan seorang transgender.

Sementara itu, kes keganaan rumah tangga di antara Rizky dan Lesti selesai selepas penyanyi dangdut itu menarik kembali laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain