suria

Bella Hadid halang percintaan Gigi Hadid dan Leonardo DiCaprio

Leonardo DiCaprio dilaporkan sedang hangat bercinta dengan Gigi Hadid.

MODEL terkenal Bella Hadid tidak bersetuju kakaknya, Gigi Hadid menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Leonardo DiCaprio.

Bella, 26, berkata, dia merasakan mereka tidak secocok selain menyifatkan kakaknya itu terlalu baik untuk lelaki seperti Leonardo.

"Saya rasa Gigi terlalu baik untuk Leonardo kerana cara dia mendekati Gigi sangat terburu-buru meskipun baru sahaja berpisah dengan bekas teman wanitanya.

"Saya bimbang Gigi akan kecewa sekiranya sesuatu buruk berlaku dalam hubungan mereka," katanya.

Bella dan Gigi Hadid merupakan model terkenal yang sering mendapat perhatian netizen.

Bella tidak suka Gigi berkawan rapat dengan Leonardo DiCaprio.

Pelakon filem Titanic itu sebelum ini dilaporkan berpisah secara mengejut dengan model Camila Monroe, 25, selepas empat tahun menjalinkan hubungan.

Sementara itu, Gigi, 27, pula memberitahu hubungannya dengan Leonardo bukan seperti disangkakan sebaliknya mereka mengambil langkah perlahan dan masih dalam proses mengenali hati budi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil separuh bogel di Paris Fashion Week, Bella Hadid buat kejutan dengan gaun semburan cecair khas

ARTIKEL BERKAITAN: Viral wajah zaman remaja, Bella Hadid mengaku menyesal bedah hidung

Meskipun ditentang keras oleh keluarga, Gigi tetap dengan pendiriannya untuk berpacaran dengan aktor berkenaan.

Untuk rekod, Gigi sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan penyanyi Zayn Malik selama enam tahun dan mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Khai.

Bagaimanapun, perselisihan faham antara Zayn dan keluarga Gigi mengakibatkan hubungan mereka retak sebelum mengambil keputusan membawa haluan masing-masing.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain