suria

Ezra Miller mengaku tak bersalah tuduhan merompak, berdepan hukuman penjara 25 tahun

Ezra terima perintah mahkamah.

PELAKON Ezra Miller mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Bennington, Vermont, Amerika Syarikat atas dakwaan memecah masuk sebuah kediaman serta melakukan rompakan kecil pada 1 Mei lalu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan peguamnya, Lisa Shelkrot, aktor tersebut diperintahkan untuk tidak berhubung atau menghampiri pemilik rumah berkenaan selepas perbicaraan dilakukan secara maya pada Isnin.

"Ezra mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut dan menerima perintah mahkamah untuk tidak menghampiri pemilik rumah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat hal lagi! Kali ini Ezra Miller dituduh mencuri minuman keras di rumah jiran

"Dia juga mengucapkan penghargaan buat semua keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa memberi sokongan," katanya.

Dalam kejadian tersebut, pelakon filem The Flash itu didakwa memecah masuk sebuah kediaman yang terletak di Stamford, Vermont.

Siasatan mendapati terdapat beberapa botol minuman beralkohol didapati lesap dan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM4,000.

Jika sabit kesalahan, Ezra boleh dikenakan denda dan hukuman penjara tidak lebih daripada 25 tahun atas kesalahan merompak dan memecah masuk kediaman orang lain.

Ini merupakan antara dakwaan jenayah terbaharu terhadap Ezra selepas dia ditahan pihak berkuasa kerana menyebabkan kekecohan di sebuah pusat hiburan di Hawaii termasuk mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita. -VARIETY

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain