suria

Penonton buat hal baling botol atas pentas… Harry Styles terpaksa hentikan persembahan

Ini bukanlah kali pertama Harry dibaling sesuatu ketika berada di atas pentas.

PENYANYI Harry Styles terpaksa menghentikan persembahan selepas seorang penonton membaling botol ke arahnya.

Rakaman video yang tular itu menunjukkan Harry, 28, membongkok kesakitan pada bahagian paha selepas dibaling dengan botol air oleh peminatnya.

Penyanyi itu terpaksa menahan kesakitan sebelum meneruskan persembahannya di sebuah konsert di United Center di Chicago.

"Ini satu perkara yang sungguh malang," kata Harry.

Memetik laporan mirror.co.uk, penyanyi lagu As It Was itu bercakap dengan peminat beberapa saat sebelum terpaksa menghentikan seketika persembahannya.

harry1

Penyanyi itu terpaksa menahan kesakitan sebelum meneruskan persembahannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup bogel dalam filem, Harry Styles letak kepercayaan kepada pengarah

ARTIKEL BERKAITAN: Jejaka ini ‘remake’ kardigan milik Harry Styles harga cecah RM8,000! Belajar di YouTube je, beli barang tak sampai RM100

Sementara itu, Harry dilihat menunjukkan tanda-tanda tidak selesa selepas kejadian itu berlaku.

"Okay lupakan sahaja, semuanya sudah baik-baik sahaja," katanya.

harry2

Harry membongkok kesakitan selepas dibaling dengan botol air oleh peminat.

Ini bukanlah kali pertama Harry dibaling objek ketika berada di atas pentas.

Pada awal bulan Ogos lalu, peminat telah membaling nuget ayam kepada bekas ahli kumpulan One Direction ini sewaktu bersiaran dalam program Love On Tour.

Insiden itu berlaku selepas dia berjaya memecah sejarah dengan penjualan single dan album terlaris tahun ini menerusi lagu hit As It Was dan album studio ketiganya, Harry’s House.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain