suria

Pelakon Vaishali Thakkar ditemukan mati, dipercayai bunuh diri tak tahan diganggu jiran sendiri

Vaishali meninggalkan nota sebelum bunuh diri.

PELAKON drama popular India, Vaishali Thakkar ditemukan mati dipercayai membunuh diri di kediamannya di bandar Indore sekitar 12.30 tengah hari Ahad lalu.

Menerusi nota yang ditinggalkan pelakon berusia 29 tahun itu, dia bertindak menggantung diri disebabkan berasa tertekan diganggu oleh jirannya sendiri yang dikenali sebagai Rahul Navlani.

Menurut laporan polis, pelakon itu yang bakal berkahwin dengan teman lelakinya sering menjadi mangsa gangguan Rahul sehingga membuatkan dia sentiasa berasa tertekan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Joseon Survival Period’ ditemui tak bernyawa, sempat tinggal nota untuk peminat

Pihak berkuasa tempatan kini sedang giat mengesan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan selepas dia menghilangkan diri.

"Rahul merupakan jiran Vaishali. Berdasarkan nota ditinggalkan, dia sering diganggu sehingga pelakon itu mengambil langkah ekstrem mengambil nyawanya sendiri.

"Dia juga bakal berkahwin namun Rahul sering mendatangkan masalah kepadanya. Pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar kejadian itu," kata wakil polis.

"Rahul juga gagal dikesan ekoran melarikan diri selepas kejadian berkenaan," kata wakil polis. -HINDUSTANTIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain