suria

Macam-macam konspirasi Tupac Shakur masih hidup, kenalan dakwa pernah menyorok di Batu Caves

Tupac Shakur didakwa masih hidup.

SELEPAS 26 tahun kematian Tupac Shakur masih timbul pelbagai konspirasi kononnya penyanyi rap itu sebenarnya masih hidup.

Terbaharu, Tupac yang mati dibunuh pada 1996 didakwa masih hidup dan pernah tinggal di Malaysia!

Perkara itu didedahkan oleh Suge Jacob Knight iaitu anak kepada Suge Knight yang merupakan penerbit eksekutif syarikat rakaman Death Row Records.

Suge pertama kali mendedahkan perkara itu menerusi Twitter miliknya pada Oktober 2018 mendakwa peminat dimanipulasi dengan berita kematian Tupac.

tupac 1

Kali terakhir Tupac dilihat bersama Suge Knight sebelum kejadian tembakan.

Susulan pendedahan itu, Suge bersama beberapa pasukannya cuba menjejaki penyanyi rap berkenaan dan mendakwa salah satu tempat persinggahan mendiang adalah di Batu Caves, Selangor.

Dalam pada itu, Suge mendakwa dia mengetahui punca sebenar di sebalik kejadian Tupac ditembak ketika berada dalam sebuah kereta bersama bapanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kemunculan' Tupac Shakur Kejutkan Penonton

"Saya tahu kebenaran di sebalik apa yang berlaku pada malam tersebut," katanya di Twitter.

Tidak hanya itu, Suge mendedahkan Tupas pernah muncul untuk merakamkan lagu baharunya namun sehingga kini tiada bukti sahih mengenai semua dakwaan tersebut.

Kematian Tupac sebelum ini menjadi bualan ramai apabila dia ditembak secara rambang ketika berada dalam sebuah kereta bersama Suge selepas menyaksikan perlawanan tinju di Las Vegas.

tupac 3

Kematian Tupac masih menjadi misteri sehingga hari ini.

Tupac kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Univerisi Southern Nevada untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia selepas enam hari bertarung nyawa.

Kejadian tersebut turut dikaitkan dengan penglibatan geng kongsi gelap yang pernah menjalankan urusan bersama Suge Knight.

Suge kini sedang menjalani hukuman penjara selama 28 tahun atas kesalahan membunuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain