suria

Tiada bukti kukuh, akhirnya anak Shah Rukh Khan bebas kes dadah

Tiada bukti kukuh atas pendakwaan Aryan.

PERTUDUHAN penyalahgunaan dadah terhadap anak kepada pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan digugurkan berikutan tiada bukti kukuh yang boleh mengaitkan namanya.

Biro Kawalan Dadah (NBC) India dalam satu kenyataan memaklumkan perkara tersebut turut memberitahu terdapat penyelewengan prosedur hingga nama Aryan disenaraikan antara yang terlibat dalam kes di sebuah kapal pelayaran pada Oktober tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kali pertama muncul selepas kes dadah, peminat histeria tengok Aryan Khan... Nampak macam kembar Shah Rukh Khan

“Pengawai penyiasat kes ini mempunyai motif sendiri dalam menjalankan siasatan. Keputusan mahkamah adalah berdasarkan tiada bukti yang kukuh.

“Beberapa penyelewengan prosedur ditemui dalam siasatan awal. Pasukan Siasatan Khas terpaksa mengambil alih dan kes sebegini jarang berlaku,” jelas SN Pardhan yang merupakan ketua pengarah biro.

Dalam masa sama, tindakan merampas telefon bimbit milik Aryan ketika dia ditahan adalah satu prosedur yang tidak betul.

Mahkamah telah mempersoalkan nilai pembuktian terhadap sumber melalui perbualan di aplikasi Whatsapp yang dianggap tidak menjadi bahan produktif semasa perbicaraan.

Pada Oktober tahun lalu, Aryan ditahan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dia bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin selepas 26 hari ditahan.

Dalam laporan terbaru NBC, seramai enam orang didakwa susulan kes tersebut dan nama Aryan tidak disenaraikan. -NDTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Shah Rukh Khan, Aryan Khan

Artikel Lain