suria

Miliki wajah kacak... Shah Rukh Khan luah hasrat satukan anak bongsu dengan putera sulung Kareena Kapoor

Anak Shah Rukh Khan dan anak Kareena bakal bekerjasama dalam sebuah filem.

PELAKON Shah Rukh Khan berhasrat menggandingkan anak bongsunya, AbRam Khan dengan putera sulung Kareena Kapoor iaitu Taimur Ali Khan dalam sebuah filem.

Memetik laporan Hindustantimes, Shah Rukh Khan berkata dia mahu merealisasikan rancangan itu kerana Kareena pernah menyuarakan impian untuk bekerjasama dengan keluarganya.

"Disebabkan awak (Kareena) pernah berkata yang saya jarang bekerjasama dengan jejaka Kapoor, jadi kita akan satukan Kapoor (Taimur) dan Khan (AbRam) dalam satu projek," kata Shah Rukh Khan.

Dalam pada itu, Kareena yang juga isteri kepada aktor Saif Ali Khan mengakui anaknya dan Shah Rukh Khan mempunyai wajah yang sangat kacak.

"Kita harus lakukan! Dan mereka berdua mempunyai wajah yang sangat kacak," kata Kareena.

Untuk rekod, Shah Rukh Khan mempunyai dua orang anak lagi iaitu Aryan Khan dan Suhana Khan hasil perkahwinan dengan Gauri Khan.

Manakala hasil perkahwinan Kareena dengan Saif Ali Khan, mereka turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Jeh Ali Khan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain