suria

Kanye West gagal rujuk, Kim Kardashian mohon status bujang dan gugurkan ‘West’ daripada nama keluarga

Kim Kardashian enggan merujuk semula dengan Kanye West.

USAHA penyanyi rap Kanye West untuk memujuk kembali Kim Kardashian nampaknya gagal apabila isterinya menjauhkan diri daripadanya.

Kanye terkejut selepas Kim memfailkan permohonan untuk menjadi bujang secara sah walaupun sedang hangat bercinta dengan pelawak Pete Davidson.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah bercinta! Foto Kim Kardashian berpegangan tangan dengan Pete Davidson tular

Kim memfailkan perceraian dengan Kanye West pada Februari dengan alasan tidak sependapat telah mengejutkan peminat.

Susulan itu, Kim kemudiannya ke mahkamah untuk mendapatkan status bujang secara sah dan menggugurkan 'West' daripada nama keluarga pada Jumaat.

Bintang realiti itu juga telah meminta hak penjagaan sah dan fizikal bersama anak-anaknya North, Saint, Chicago dan Psalm, yang dikongsinya dengan penyanyi rap itu.

Kim membuat keputusan itu beberapa jam selepas Kanye merayu untuk kembali kepadanya semasa konsert Free Larry Hoover pada malam Khamis.

Menurut sebilangan peminat, tindakan Kim itu adalah hukuman kepada 'kebodohan' yang Kanye lakukan ketika mereka mendirikan rumah tangga.-GEOTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain