suria

Nikita Mirzani minta RM15,000 untuk dedah mesej peribadi dengan arwah Vanessa Angel dua bulan sebelum meninggal dunia

Nikita memuat naik tangkap layat perbualannya bersama Allahyarham Vanessa Angel.

PELAKON Nikita Mirzani sekali lagi tular apabila memuat naik sebuah video menunjukkan perbualannya dengan Vanessa Angel dua bulan sebelum Allahyarham meninggal dunia.

Bagaimanapun, pelakon filem Nenek Gayung ini meminta bayaran sebanyak 500 juta Rupiah (RM15,000) ke nombor akaun peribadinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum 40 hari kematian Vanessa Angel, ayah dah tuntut harta warisan... netizen wujudkan petisyen boikot Doddy Sudrajat dari keluar TV

“Posting lagi biar heboh, semalam agak lambat postingnya. Jadi, jika ada yang bertanya di mana perbualan lain perlu membayar Rp 500 juta.

"Bila sudah kumpul Rp 500 juta, barulah saya akan dedahkan perbualan seterusnya. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun 8840566464 BCA. Bolehlah saya beli beg Hermes Birkin B 25 untuk menggembirakan diri sendiri," tulisnya dalam ruangan kapsyen di Instagram.

Nikita Mirzani kemudiannya menunjukkan tangkap layar mesej langsung bersama Vanessa Angel menerusi Instagram Story pada hari yang sama.

Kata Nikita Mirzani, dia tidak pernah berhubung dengan arwah melalui Direct Message (DM) di Instagram, namun kerap menelefon dan berjumpa wanita itu.

"Saya tidak pernah DM Vanessa Angel, hanya kerap menelefon atau berjumpa. WhatsApp pun jarang, saya akan DM dahulu jika dia mengalami sebarang masalah.

"Sudahkah anda puas melihat DM ini? Saya akan tunjuk perbualan kami pada dua bulan lalu jika anda membayar 500 juta terlebih dahulu sebagai sumbangan" katanya.

Terdahulu Nikita Mirzani mendedahkan bahawa adik ipar arwah iaitu Fuji menetapkan harga 30 juta Rupiah (RM9,000) untuk sekali temuramah di YouTube.

Tindakan Nikita itu mendapat kritikan daripada netizen dan membuatkan dia semakin berani untuk berkongsi tangkap layar perbualan Fuji dengan pasukan produksinya Langit Entertainment melalui WhatsApp.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan-LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain