suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 tahun 'Kabhi Khushi Kabhie Gham', Johnny Lever dedah watak Rohan kanak-kanak dilakonkan anaknya

Johnny dedah anaknya Jesse yang melakonkan watak Rohan kanak-kanak.

PELAKON dan pelawak Bollywood Johnny Lever mendedahkan bahawa anaknya Jesse Lever merupakan pelakon kanak-kanak di dalam salah satu adegan dalam filem popular Kabhi Khushi Kabhie Gham.

Menerusi perkongsian Johnny di Instagram, anak beranak itu melakonkan semula adegan yang memaparkan watak Hrithik Roshan Rohan cuba mencari lokasi abangnya Rahul (Shah Rukh Khan) dan isterinya Anjali (Kajol).

ARTIKEL BERKAITAN: Phir Bhi Dil Hai Hindustani, Shrek dan Kabhi Kushi Kabhie Gham meriahkan hujung minggu anda di Awesome TV!

Johnny memainkan watak seorang penjaga kedai di Chandni Chowk Delhi iaitu Haldiram, manakala Jesse pula memeggang watak anaknya, Ghasitaram dalam filem berkenaan.

“20 tahun lalu kami merakam adegan istimewa ini dengan @jesse_lever @hrithikroshan @himanishivpuri daripada #kabhikhushikabhigham.

"Tahniah kepada @karanjohar dan seluruh pasukan! @dharmamovies @sonymusicindia #20YearsOfK3G,” tulis Johnny dalam kapsyen video yang dimuat naik.



Filem arahan Karan Johar itu dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan sebagai watak utama serta penampilan istimewa daripada Rani Mukerji.

Filem ini akan meraikan ulang tahun ke-20 tayangannya pada 14 Disember.

Peminat memberi komen positif kepada Johnny di ruangan komen dengan memberikan pujian seperti 'raja komedi' dan 'legenda'.

"Wah ini anak awak sendiri @iam_johnylever," tulis salah seorang peminatnya.

"Anda dapat melakonkan semula dengan sempurna selepas 20 tahun, tiada siapa yang dapat menandingi anda tuan," kata seorang lagi peminat Johnny. -HINDUSTANTIMES

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain