suria

Luahan hati Oki Setiana Dewi… Menangis lihat Ria Ricis dah berubah selepas berkahwin dengan Teuku Ryan

Oki (kiri) seronok melihat kebahagian adiknya Ria Ricis selepas berkahwin.

PENDAKWAH selebriti terkenal dari Indonesia, Oki Setiana Dewi akui seronok melihat adiknya iaitu Ria Ricis yang kini bahagia selepas berkahwin dengan Teuku Ryan.

Menurut laporan Tabloid, Oki bagaimanapun berkata dia mula merindui adiknya yang dahulu yang menjadi tempat bermanja.

Berkongsi cerita keakraban mereka, Oki dilihat tidak mampu menahan sebak hingga menitiskan air mata.

"Ria Ricis selalu sangat Whatsapp saya jika ada apa-apa, walau hal kecil-kecil," kata Oki semasa temubual di sebuah program di YouTube.

Mendengar luahan ikhlas Oki itu, Ria menjelaskan dia jarang menghubungi kakaknya kerana lebih banyak berkongsi cerita dengan suami.

Malah, Ria juga dilihat terharu dan menangis mendengar luahan kakaknya itu.

"Bukan... sebenarnya sekarang lebih banyak cerita sama abang (Ryan)," jawab Ria Ricis.

Ria Ricis dan Teuku Ryan berkahwin pada 12 November lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain