suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sule tayang wajah bayi baru lahir, kongsi nama penuh anak kelima Adzam Adriansyah Sutisna

Sule menimang cahaya mata pertama hasil perkahwinan kedua.

HARI yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila isteri kepada pelawak Sule iaitu Nathalie Holscher selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinan kedua pada Ahad.

Sule berkongsi khabar gembira kelahiran bayi lelaki itu menerusi Instagram.

"MasyaAllah... Tabarakallah #sulejunior #babyboy," tulisnya ringkas.

Dalam pada itu menerusi platform yang sama Sule turut berkongsi nama anaknya.

"Alhamdulillah telah lahir putera kami Adzam Adriansyah Sutisna... sihat dan sempurna.

"Terima kasih kepada semua yang sudah mendoakan," katanya.

Untuk rekod Adzam merupakan cahaya mata kelima buat Sule.

Pelawak Sule mendirikan rumah tangga dengan Nathalie pada 15 November tahun lalu di sebuah restoran Tsama Resto, di Jawa Barat, Bekasi. -Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain