suria

Cinta lokasi… Jeon Jong Seo sah bercinta, keluar ‘dating’ dengan pengarah Lee Choong Hyun

Pasangan ini mula mengenali antara satu sama lain selepas menjayakan projek filem The Call.

BINTANG filem The Call iaitu Jeon Jong Seo mengejutkan ramai peminat apabila mengesahkan kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pengarah Lee Choon Hyun.

Menurut laporan Soompi, agensi pengurusan Jeon Jong Seo iaitu My Company memaklumkan pasangan ini sedang mengenali antara satu sama lain.

"Dia sekarang ini sedang mengenali Lee Choong Hyun.

"Kedua-duanya memiliki perasaan antara satu sama lain dan baru-baru ini mula menjalinkan hubungan," jelas pihak pengurusan.

Hubungan Jeon Jong Seo dan Lee Choong Hyun dikatakan terjalin semasa mereka menjayakan projek yang sama iaitu filem The Call.

The Call ditayangkan di platform penstriman terkenal, Netflix pada November tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain