suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shawn Mendes curah kesedihan dalam lagu, Camila beri komen indah

Shawn Mendes kecewa dan luahkan perasaan melalui lagu.

SELEPAS hubungan cinta dengan Camila Cabello berakhir, Shawn Mendes dilihat patah hati dan memilih untuk mencurahkan luahan hati menerusi sebuah lagu yang baru dilancarkan pada Khamis.

Lagu yang berjudul It'll be Okay itu dibuat selepas sahaja hubungan mereka berkahir dan mengungkapkan hatinya sedang kecewa.

Bagaimanapun, Camila turut memberikan respons positif dan menyifatkan lagu tersebut 'indah'.

"Lagu ini jujur daripada hati dan sememangnya ditulis fasal dia dan Camila.

"Camila telah mendengar lagu itu dan memberitahu kepada Shawn yang lagu itu sangat indah," kata sumber.

Shawn Mendes dan Camila mendedahkan hubungan mereka telah berakhir menerusi Instagram masing-masing baru-baru ini.

Walaupun berpisah namun mereka mengambil keputusan untuk terus berhubung sebagai seorang kawan. - GeoTV

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia