suria

Meski berbeza agama, Inul Daratista masih ingat pesanan mendiang ibu mentua… salah satunya jaga solat!

Inul masih ingat pesanan mendiang ibu mentuanya.

PEMERGIAN ibu mentua pada 1 Disember lalu benar-benar meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi dangdut terkenal Indonesia Inul Daratista.

Meskipun berbeza pegangan agama, Inul berkata ibu mentuanya iaitu mendiang Yuliani memiliki toleransi agama yang tinggi.

Menurut laporan Celebrity Okezone, Inul memberitahu Yuliani sering mengingatkannya untuk patuh dengan ajaran agama dan tidak meninggalkan ibadah.

"Sekadar cerita kecil mengenai ibu mentua... meskipun kita dalam satu keluarga berbeza keyakinan tapi mentua selalu pesan.

inul 1

Inul bersama suami dan anak tunggal mereka.

"Apa pun agamamu jangan pernah meninggalkan ibadah. Apa pun keyakinanmu, takutlah dengan tuhan... kami memiliki toleransi agama yang sangat kuat.

"Semua perbezaan ini menjadi indah jika kita punya hati yang baik. Terima kasih yang mengirimkan bunga dan doa untuk saya dan keluarga.

"I love you Mama, tenang dan semoga bertemu papa di syurga," katanya.

Yuliani menghembuskan nafas terakhir pada 1 Disember lalu akibat sakit tua.

Inul berkahwin dengan Adam Susano yang juga merupakan seorang mualaf pada tahun 1995 dan dikurniakan seorang anak lelaki Yusuf Ivander Damares,12.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain