suria

Akhirnya terjawab... peminat tak sabar tunggu lagu kolaborasi Selena Gomez, Blackpink!

Selena teruja untuk lancarkan lagu duet bersama Blackpink.

PENYANYI Selena Gomez akhirnya mengesahkan dia dan kumpulan K-Pop terkenal iaitu Blackpink bakal melancarkan lagu gabungan mereka pada 28 Ogos depan.

Selena Gomez menerusi laman Instagram miliknya memuat naik foto poster pengumuman berita baik itu kepada peminat dan turut meluahkan rasa teruja.

"Saya sangat teruja nak umumkan Blackpink dan saya akan keluarkan lagu baharu yang dilancarkan pada 28 Ogos!" tulis Selena di laman sosial miliknya.

Rata-rata peminat Selena dan Blackpink juga teruja dan tidak sabar untuk menantikan pelancaran lagu baharu tersebut yang masih dirahsiakan judulnya.



Selena berkongsi berita baik itu di laman Instagram.

Pada Julai lalu, agensi pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment menjawab khabar angin yang tersebar mengenai kolaborasi membabitkan kumpulan itu dengan penyanyi popular, Selena Gomez.

Selain Selena Gomez, ada juga peminat berteka-teki bahawa Blackpink akan berkolaborasi bersama Ariana Grande.

Ini selepas Ariana Grande memberikan tanda suka pada salah satu muat naik di akaun Instagram Jennie.

Sejak tahun lalu khabar angin tersebut beredar dalam kalangan peminat, lebih-lebih lagi produser lagu Ariana Grande iaitu Tommy Brown pernah bekerjasama dengan Blackpink.

Malah, penyanyi lagu Thank U, Next ini juga pernah bergambar bersama Blackpink di malam acara Coachella 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain