suria

Oh Dong Min muat naik foto Jun So Min di laman sosial cetus spekulasi mereka bercinta

Oh Dong Min dikatakan sedang bercinta dengan Jun So Min.

AGENSI pengurusan Jun So Min dan Oh Dong Min tampil menafikan khabar angin yang mengatakan pasangan selebriti tersebut kini menjalinkan hubungan cinta.

Menerusi laporan Soompi, agensi Mystic Story mengatakan Jun So Min dan Oh Dong Min berkenalan ketika membintangi drama bersama beberapa bulan lalu serta hubungan mereka sekadar kawan sahaja.

"Mereka berdua hanya kawan sahaja. Beberapa bulan lalu, mereka mengenali satu sama lain selepas menjalani penggambaran drama bersama," kata wakil agensi.

Gosip tersebut mula berterbangan selepas Oh Dong Min secara tidak sengaja memuat naik foto bersama Jun So Min di Instagram sebelum memadamnya.

Sebelum ini, Jun So Min dan Oh Dong Min bergandingan dalam drama istimewa 2018 KBS berjudul Review Notebook of My Embarassing Days.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Oh Dong Min, Jun So Min, bercinta, hiburan,

Artikel Lain