suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahniah! Katherine Schwarzenegger dan Chris Patt sambut kelahiran bayi perempuan

Katherine selamat lahirkan bayi perempuan baru-baru ini.

PASANGAN selebriti iaitu Katherine Schwarzenegger dan Chris Pratt meluahkan rasa teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka baru-baru ini.

Memetik laporan Hollywoodlife, adik kepada Katherine iaitu Patrick Schwarzenegger berkongsi berita gembira tersebut menerusi temu bual bersama Entertainment Tonight pada Isnin.

"Mereka bertiga dalam keadaan baik. Saya ada berikan hadiah untuk Katherine," kata Patrick.

Bagaimanapun, sehingga kini Chris dan Katherine tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kelahiran bayi perempuan mereka.

Biaripun kedua-duanya tidak mengesahkan berita gembira tersebut namun kereta milik Chris dilaporkan berada di Hospital St. John, Santa Monica pada Sabtu lalu.

Kathrine dan Chris mengumumkan pertunangan mereka pada Januari tahun lalu.

Chris mempunyai seorang anak lelaki bernama Jack hasil perkahwinannya dengan bekas isteri yang juga pelakon Anna Faris.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain