suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nia Ramadhani disindir netizen gara-gara berbikini di pantai - “Foto seperti ini sangat memalukan”

Foto seksi Nia mendapat kecaman netizen.

TIDAK pernah lari daripada sorotan netizen, pelakon Indonesia Nia Ramadhani sekali lagi dikecam apabila berkongsi foto memakai bikini ketika bercuti di sebuah pantai negara itu.

Dalam koleksi gambar itu, dia dilihat mengenakan bikini hitam bersama dua rakan baiknya iaitu Teresia dan Gita Janu sambil menikmati air kelapa dan menaiki jetski.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami beri bayangan mahu tambah isteri, Nia Ramadhani tak bimbang kehadiran orang ketiga

Foto menjolok mata itu dipenuhi teguran sinis netizen yang memenuhi ruangan komen.

Mereka berpendapat pelakon Bawang Putih Bawang Merah itu tidak sesuai mengayakan pakaian seumpama itu berikutan sudah menunaikan ibadah haji dua tahun lalu.

"Assalamualaikum puan Hajah.

"Foto seperti ini sangat memalukan. Lebih baik simpan untuk koleksi peribadi," tulis beberapa pengguna Instagram.

Foto berkenaan menerima lebih 1,000 komen dan 200,000 tanda suka.

Nia bagaimanapun tidak memadam atau membalas sindiran-sindiran di laman sosial itu.

Sumber: Oke

Nia Ramadhani

Artikel Lain