suria

Hampir sebulan di hospital, Abhishek Bachchan kini negatif Covid-19 - “Saya dah janji akan lawan benda ni!”

Abhishek Bachchan dibenarkan pulang selepas 28 hari dimasukkan ke hospital.

SELEPAS 28 hari dimasukkan ke hospital, aktor Bollywood Abhishek Bachchan akhirnya disahkan negatif Covid-19 dan dibenarkan pulang pada Sabtu.

Menerusi entri yang dikongsikan di Instagram, Abhishek berkata dia telah menepati janjinya untuk melawan virus tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami simptom ringan, Amitabh Bachchan, Abhishek disahkan positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Big B, Abhishek... kini Aishwarya dan anak disahkan positif Covid-19

"Janji tetap janji. Tengahari tadi saya disahkan negatif Covid-19. Saya dah cakap pada awak semua yang saya akan lawan benda ni.

"Terima kasih atas doa anda kepada saya dan keluarga. Saya titipkan penghargaan kepada doktor serta jururawat Hospital Nanavati untuk semua yang telah mereka lakukan," tulis Abhishek.

Abhishek, 44, dan bapanya iaitu pelakon popular Amitabh Bachchan, 77, pada awalnya disahkan positif wabak itu pada 12 Julai lalu.

Beberapa hari kemudian, isteri Abhishek aktres Aishwarya Rai, 46, dan anak mereka Aaradhya, 8, turut disahkan positif Covid-19.

Amitabh disahkan negatif dan dibenarkan pulang pada 2 Ogos lalu.

Manakala Aishwarya dan Aaradhya disahkan negatif wabak tersebut pada 27 Julai lalu.

Sumber: Indiatimes

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain