suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Junho (2PM) buat kejutan hantar 'coffee truck' kepada Song Ji Hyo di set penggambaran

Song Ji Hyo berkongsi perkara itu di Instagram miliknya.

PELAKON Song Ji Hyo berterima kasih kepada ahli kumpulan 2PM iaitu Junho yang memberikan hadiah coffee truck ke set penggambaran drama lakonannya, Was It Love?.

Song Ji Hyo menerusi laman Instagram milik berkata dia akan sentiasa menyokong Junho dan meluahkan hasrat ingin bertemu dengan penyanyi itu selepas tamat penggambaran.



So Ji Hyo mahu berjumpa Junho selepas taman penggambaran.

"Kepada Junho, terima kasih, terima kasih sangat sebab hantar coffee truck di set penggambaran drama Was It Love?! Terima kasih kepada coffee truck yang datang dari jauh.

"Semua krew produksi drama ini menikmati air kopi yang segar. Saya sentiasa menyokong anda, Junho. Jumpa anda selepas habis penggambaran," kata Song Ji Hyo.

Pada tahun lalu, Song Ji Hyo juga pernah menghadiahkan coffee truck kepada Junho yang ketika itu sedang menjalani penggambaran drama Confession.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Song Ji Hyo, Junho, 2PM,

Artikel Lain