suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gummy, Jo Jung Suk teruja sambut kelahiran cahaya mata perempuan

Jo Jung Suk dan Gummy sambut kelahiran bayi sulung pada Khamis.

ISTERI kepada pelakon Jo Jung Suk iaitu penyanyi Gummy telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Khamis lalu di Hospital Seoul, Korea Selatan.

Berita gembira itu dikongsikan oleh agensi pengurusan mereka iaitu JAM Entertainment yang memberitahu Gummy dan bayi sulungnya kini dalam keadaan baik.

"Kami ingin berkongsi berita mengenai pelakon Jo Jung Suk dan penyanyi Gummy yang baru saja menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka.

"Ibu dan bayi kini dalam keadaan baik serta sihat sahaja. Gummy melahirkan anak perempuannya di hospital pada pagi Khamis. Pasangan itu sangat gembira dengan kelahiran bayi sulung mereka.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan ucapan tahniah daripada semua. Kami harap semua orang mendoakan keluarga mereka dan menyambut baik ahli keluarga baharu," katanya.

Jo Jung Suk dan Gummy mendirikan rumah tangga pada Oktober 2018 selepas menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.

Sumber - SOOMPI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor