suria

Pelakon Bollywood Sameer Sharma ditemui mati, mayat tergantung di dapur - “Membimbangkan... angka bunuh diri terus meningkat”

Sameer ditemui meninggal dunia di dapur rumahnya di Mumbai, India.

BERITA kematian pelakon popular Bollywood, Sameer Sharma mengejutkan ramai peminat termasuklah rakan artis.

Menurut laporan The Indian Express, pemergian aktor berusia 44 tahun ini dipercayai akibat bunuh diri dan ia mengundang sebak serta duka kenalan selebriti sehingga mereka mencipta tanda pagar #RIPSameerSharma di media sosial.

"Sementara seluruh dunia sibuk berbalah pendapat tentang agama dan politik, sebenarnya ada orang yang berjuang untuk teruskan hidup... tapi ada yang mengakhiri hidupnya dengan cara lain kerana tiada yang peduli. Rest in peace Sameer!," tulis pelakon Kabita Kaushik.

"Semoga tenang di sana. Semoga keluarga diberi kekuatan atas kehilangan ini... amat membimbangkan angka bunuh diri dan depresi terus meningkat dalam masyarakat kita.

"Mungkin kita perlu memberikan sedikit perhatian serius dan bukan hanya memikirkan mengenainya tapi juga perlu melakukan sesuatu tindakan," kata pelakon Shweta Rohira.

Peminat berduka mengetahui berita kematian Sameer.

Pada Rabu lalu, pelakon filem Hasee Toh Phasee ditemui mati dipercayai bunuh diri di dapur rumahnya yang terletak di kawasan Malad, Mumbai, India.

Sameer dikatakan telah berpisah dengan isteri dan tinggal bersendirian sejak Disember 2019.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis tidak menemui sebarang surat atau nota yang menyatakan sebab tindakannya itu.

Sementara itu, dalam laporan berlainan, seorang saksi yang merupakan pengawal kawasan kediaman berkata dia melihat mayat aktor itu tergantung pada pukul 9 malam.

Sameer Sharma yang dilahirkan pada 3 Mei 1976 dikenali setelah membintangi drama bersiri Yeh Rishtey Hain Pyaar Ke.

Dia mengembangkan karier lakonan dalam beberapa drama dan filem antaranya Ittefaq yang menerima sambutan hebat peminat pada tahun 2017.

Kematian Sameer menambah lagi angka selebriti meninggal dunia kerana bunuh diri di Bollywood setelah Sushant Singh Rajput, Manmeet Grewal, dan Preksha Mehta.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain