suria

Sebar berita palsu tentang Covid-19, video Anji dipadam YouTube, nama Ariel NOAH pula jadi sebutan - “Saya elak bahas sesuatu yang tidak tahu”

Ariel NOAH enggan mengulas tentang isu berat kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

NAMA penyanyi Ariel NOAH trending di Twitter Indonesia selepas klip daripada sebuah video temu bual bersama penyanyi Anji menjadi bualan hangat netizen.

Kenyataan Ariel dalam video yang dimuat naik pada 30 Jun lalu menggambarkan insiden yang sedang dialami Anji ketika ini apabila didakwa menyebarkan berita tidak benar berkaitan Covid-19 di Youtube miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh! Foto Ariel NOAH nikah... rupa-rupanya ini yang berlaku

Dalam video tersebut, Anji bertanyakan mengapa Ariel tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan terhadap isu semasa yang sedang berlaku di negara itu.

Ariel menjawab bahawa dia sering mengelak untuk membahas sebarang isu berat kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.



Tangkapan skrin temu bual Anji bersama Hadi Pranoto sebelum video tersebut dipadam YouTube.

"Mungkin saya juga kurang ilmu. Saya tidak banyak bercakap kerana nak bercakap di khalayak ramai ni bukan hanya ada risiko tetapi banyak kesannya.

"Jadi, kalau tidak ada ilmu yang mendalam tentang sesuatu isu, saya akan elak daripada bercakap tentangnya," katanya dalam video tersebut.

Sebelum ini, video temu bual yang dimuat naik penyanyi Indonesia Anji bersama seorang lelaki yang menggelar dirinya pakar mikrobiologi mendapat kecaman netizen sebelum dipadam oleh YouTube.

Menerusi video tersebut, Hadi Pranoto menyatakan bahawa dia telah menemui penawar bagi wabak Covid-19 yang dapat menyembuhkan ribuan pesakit.

Selain itu, Hadi turut mendedahkan bahawa penawar itu dapat menyembuhkan pesakit yang dijangkiti hanya dalam sekitar tiga hari.

Sumber: Tribun News

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain