suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heboh! Foto Ariel NOAH nikah... rupa-rupanya ini yang berlaku

Jejaka lengkap berpakaian pengantin mirip Ariel NOAH.

KECOH dalam kalangan netizen Indonesia apabila foto seorang lelaki mirip penyanyi terkenal Ariel NOAH seperti sedang bersiap untuk bernikah tersebar di laman sosial.

Foto tersebut dimuat naik di Instagram milik peserta pertandingan dangdut Indonesia iaitu Jamila Putri yang meletakan pautan akaun Instagram milik penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Mirip Ariel (Noah) Kejutkan Juri

Rata-rata netizen meluahkan kekeliruan dan tertanya-tanya dengan kesahihan foto tersebut.

Perkongsian tersebut lantas menambah lagi tanda tanya dalam kalangan pengguna Instagram yang menyangka ia betul-betul terjadi.



Foto jejaka mirip Ariel NOAH tersebar di laman sosial.

"Hanya ada satu di hatiku, Ariel NOAH... tak payah penat-penat nak edit lagi, sebab sekarang dah ada Aris NOAH," tulis Jamila.

Segelintir peminat Jamila tidak menyangka bahawa dia berjaya bergambar mesra bersama penyanyi kegemarannya itu.

Namun, setelah disiasat netizen, jejaka tersebut bukanlah Ariel NOAH sebaliknya seseorang yang dikenali sebagai Aris.

"Saya ingatkan betul-betul Ariel tadi.

"Saya fikir Ariel NOAH, rupanya-rupanya kembar dia saja.

"Saya terinspirasi dengan foto ini, akhirnya jadi kenyataan nak bergambar dengan Ariel," komen beberapa netizen.

Aris atau jejaka yang mirip Ariel merupakan watak utama dalam video muzik terbaharu Jamila yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: liputan6

Ariel NOAH, Peterpan, Jamila Putri

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor