suria

Hubungan cinta dengan John Miller berakhir, Jennifer Garner bahagia jalani kehidupan tanpa lelaki

Jennifer mahu ruang untuk bersendirian selepas putus cinta dengan John Miller.

SELEPAS dua tahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon Jennifer Garner disahkan sudah berpisah dengan teman lelakinya iaitu John Miller baru-baru ini.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat mengesahkan perkara itu dan memberitahu Jennifer kini lebih bahagia menjalani kehidupan tanpa lelaki.

"Tiada berlaku sebarang drama dalam perpisahan mereka dan ia terjadi baru-baru ini. Jennifer mahukan ruang dan dia kini lebih gembira jalani kehidupan solo.

"Jennifer dalam keadaan baik dan sebenarnya kehidupan dia sangat baik sekarang ini," kata sumber.

Sekitar Oktober 2018, Jennifer mengesahkan dia ketika itu sudah beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta dengan John Miller.

Jennifer pernah melalui fasa perpisahan dengan bekas suaminya, pelakon Ben Affeck manakala John Miller juga mempunyai dua orang anak bersama bekas isterinya, Caroline Campbell.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain