suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas ahli kumpulan AOA, Mina dikejarkan ke hospital selepas cubaan bunuh diri

Mina memuat naik foto yang memperlihatakn cubaan bunuh diri di Instagram.

BEKAS anggota kumpulan Kpop terkenal AOA iaitu Mina dikejarkan ke hospital selepas memuat naik sebuah entri yang menunjukkan penyanyi itu cuba mencederakan diri di Instagram pada Sabtu.

Pihak pengurusan Mina iaitu Woori Actors menerusi sebuah kenyataan media berkata pelakon itu kini masih mendapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas pendedahan dibuli 10 tahun, Mina bekas ahli AOA 'unfollow' Seolhyun dan Chanmi

"Kwon Mina telah dihantar ke unit kecemasan. Dia kini sedang menerima rawatan di hospital," kata pihak pengurusan Mina.

Sebelum dihantar ke hospital, Woori Actors menghubungi pihak polis selepas Mina memuat naik gambar tersebut dengan mesej berkaitan isu buli yang terjadi antara ahli kumpulan AOA.

Mesej tersebut ditujukan kepada Jimin, Seolhyun dan Ketua Pegawai Eksekutif FNC Entertainment iaitu Han Sung Ho.

Bagaimanapun, posting itu sudah dipadam daripada Instagram milik Mina.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mina, AOA, Kpop, bunuh diri

Artikel Lain