suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas pendedahan dibuli 10 tahun, Mina bekas ahli AOA 'unfollow' Seolhyun dan Chanmi

Dari kiri Chanmi, Jimin dan Seolhyun.

TIDAK lama selepas mendedahkan dibuli ketua kumpulan AOA, Jimin sehingga cuba untuk membunuh diri, bekas ahli kumpulan itu iaitu Mina memuat naik mesej ucapan terima kasih kepada peminat-peminatnya.

Mina yang keluar dari kumpulan itu sejak tahun lalu berjanji mendapatkan rawatan pemulihan akibat dibuli sejak 10 tahun bersama kumpulan itu.

Posting tersebut mendapat perhatian anggota kumpulan itu iaitu Hyejeong, Yuna dan Chanmi yang menunjukkan sokongan dengan memberikan tanda suka (like) pada status berkenaan.

Mina keluar dari kumpulan itu pada tahun lalu.

Namun apa yang menarik perhatian netizen apabila penyanyi itu dikesan tidak mengikuti Instagram dua rakannya iaitu Seolhyun dan Chanmi.

Manakala, Mina masih mengikuti dua ahli lain iaitu Yuna dan Hyejeong.

Perkara itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen tentang apa yang berlaku antara tiga bintang itu.

Ahli kumpulan AOA.

Sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh dua anggota kumpulan itu.

Pada 3 Julai lalu, Mina menerusi Instgaram mendedahkan cuba mengambil nyawanya sendiri berikutan tidak tahan dibuli oleh ketua kumpulan itu iaitu Jimin.

Susulan pendedahan itu, Jimin meminta maaf secara peribadi dan mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan berkenaan serta merta.

SUMBER: ALLKPOP

Mina, AOA, Jimin, Seolhyun, Chanmi

Artikel Lain