suria

Alicia Keys beli rumah agam ikonik, Razor House dengan harga RM85 juta

Penyanyi Alicia Keys membeli ruamh agam Razor House dengan harga rendah selepas bidaan.

PENYANYI terkenal antarabangsa Alicia Keys membeli rumah agam bernilai $30 juta (RM127 juta) dengan potongan harga dalam episod terbaharu rancangan televisyen Million Dollar Listing.

Pada 2018, rumah tersebut yang digelar Razor House disenaraikan di pasaran dengan harga $30 juta (RM127 juta).

Senarai itu kemudiannya diserahkan kepada agen hartanah profesional Josh Altman, 41, dan Josh Flagg, 34, nilai tersebut telah diturunkan menjadi kurang dari $25 juta (RM106 juta).

Selepas Alicia berkata dia berminat untuk membeli rumah tersebut, harga banglo itu turun kepada $20 juta (RM85 juta).

Pada awal episod tersebut, Josh menyatakan pembeli hartanah tersebut merupakan rakan baiknya yang sudah dikenali sejak beberapa tahun lalu.

Josh menyifatkan pembeli itu sebagai seorang pencinta seni bina dan juga merupakan seorang pemenang anugerah Grammy.

Sumber: DailyMail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alicia Keys, Razor House

Artikel Lain