Alami simptom ringan, Amitabh Bachchan, Abhishek disahkan positif Covid-19

Amitabh dan Abhishek meminta mana-mana individu bertemu mereka jalani ujian Covid-19.

PELAKON Bollywood terkenal Amitabh Bachchan serta anaknya yang juga aktor Abhishek Bachchan disahkan positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Nanavati sejak Sabtu.

Menerusi laman Twitter, Amitabh Bachchan meminta mana-mana individu yang berhubung rapat atau bertemu dengannya dalam tempoh 10 hari untuk melakukan ujian wabak tersebut.

"Saya disahkan positif Covid-19 dan sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan.

"Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian," tulis Amitabh Bachchan di laman sosial miliknya.

Amitabh turut memuat naik fotonya yang kini berada di hospital menerusi akaun laman Instagram miliknya.

Amitabh mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitter milknya.

Laporan Indiatoday turut melaporkan pelakon filem Kahbi Khusi Khabie Gham itu dibawa ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan.

Menurut laporan tersebut, doktor memberitahu bahawa Amitabh Bachchan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.

Ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan disahkan negatif.

Dalam pada itu, Abhishek Bachchan menerusi status di Twitter miliknya turut memberitahu dia serta bapanya mempunyai simptom ringan dan meminta orang ramai tidak panik.

"Hari ini (Sabtu), saya dan ayah disahkan positif Covid-19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital.

Ahli keluarga lain terselamat daripada jangkitan wabak tersebut.

"Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih," katanya.

Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun dia membuat rakaman kandungan promosi untuk kuiz Kaun Banega Crorepati dan beberapa projek di rumahnya, serta mempunyai kontak dengan kru produksi yang hadir ke rumahnya baru-baru ini.

Sementara itu, Abhishek Bachchan pernah dilihat berada di studio dubbing di Mumbai beberapa kali seminggu yang lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Artikel Lain