suria

Sunmi mengaku tak suka lagu hit Zico, 'Any Song'

Penyanyi Kpop Sunmi tidak menggemari lagu hit Zico yang bertajuk Any Song.

PENYANYI terkenal Kpop Sunmi mendedahkan dia tidak menyukai lagu yang menjadi fenomena di beberapa negara iaitu Any Song nyanyian Zico.

Menerusi episod terbaharu rancangan televisyen Knowing Brothers, Sunmi berkata, dia tidak menggemari lagu tersebut kerana ia dimainkan di setiap saluran televisyen.

Tambahnya, dia tidak pernah melakukan cabaran Any Song.

"Saya tidak sukakan lagu itu... Ia dimainkan di semua saluran televisyen.

Saya juga tidak pernah menyertai cabaran Any Song," kata Sunmi dalam rancangan itu.

Kenyataan Sunmi membuatkan Shownu dan Jooheon yang juga merupakan artis undangan rancangan tersebut memaksa penyanyi itu melakukan cabaran tersebut.

Sementara itu, Zico membuat kemunculan semula dengan single terbaharunya yang bertajuk Summer Hate.

Selain itu, Sunmi juga baharu sahaja melancarkan single yang berjudul Pporappippam.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sunmi, Zico, Any Song

Artikel Lain