suria

Ahmad Dhani tak pernah menyesal dipenjara dan bercerai dengan Maia Estianty

Dhani bersama bekas isteri, Maia dan dua orang anak mereka iaitu Dul Jaelani serta Al Ghazali.

PENYANYI Ahmad Dhani mengakui dia tidak pernah berasa menyesal atas segala yang dilakukan dalam kehidupannya biarpun pernah menjalani hukuman penjara 18 bulan pada Januari 2019.

Memetik laporan Liputan6, Ahmad Dhani juga tidak pernah ada perasaan bersalah atas keputusan untuk bercerai dengan bekas isterinya iaitu Maia Estianty.

"Kalau ditanya saya apa yang saya pernah menyesal... saya rasa, saya tak pernah menyesal apa-apa pun yang dilakukan selama saya hidup.

"Sebab saya tergolong dalam orang yang berasa saya tak pernah buat salah dalam hidup. Termasuklah bercerai dengan Maia pun saya tidak pernah rasa bersalah.



Ahmad Dhani dan Maia dikurniakan tiga orang anak lelaki.

"Kerana bagi saya, ia takdir yang sudah tertulis. Jadi, kalau tanya masuk penjara menyesal ke tidak? Saya tak rasa menyesal pun sebab saya rasa itu yang perlu saya lakukan," kata Ahmad Dhani.

Pada tahun lalu, Ahmad Dhani didapati bersalah atas kesalahan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial miliknya dan dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan.

Ahmad Dhani dan Maia mendirikan rumah tangga pada 1996 dan mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 2008.

Pasangan itu mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Dul Jaelani, Ahmad Al Ghazali dan Ahmad El Jallaluddin Rumi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain