suria

Selepas Big B, Abhishek... kini Aishwarya dan anak disahkan positif Covid-19

Pelakon Aishwarya Rai dan anak perempuannya turut disahkan positif Covid-19.

SELEPAS pelakon terkenal Bollywood Amitabh Bachchan dan anaknya aktor Abhishek Bachchan disahkan positif Covid-19, kini menantunya pelakon Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya turut disahkan positif virus itu.

Berita itu diumumkan Menteri Kesihatan Maharasta, Rajesh Tope menerusi perkongsian di Twitter pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami simptom ringan, Amitabh Bachchan, Abhishek disahkan positif Covid-19

Bagaimanapun, bekas ratu cantik itu dan anaknya, Aradhya yang berusia lapan tahun tidak mengalami sebarang simptom dan akan menjalani kuarantin di rumah.

Menurut staf perubatan Hospital Nanavati, Amitabh dan Abhishek berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami gejala ringan dan akan menjalani kuarantin di rumah.

"Mereka berdua berada dalam keadaan stabil dan hanya mempunyai gejalan ringan. Abhishek akan dibenarkan pulang dan menjalani kuarantin di rumah," katanya.

Sebelum ini, Amitabh menerusi laman Twitter meminta mana-mana individu yang berhubung rapat atau bertemu dengannya dalam tempoh 10 hari untuk melakukan ujian wabak tersebut.



Amitabh mengesahkan perkara itu menerusi Twitter.

"Saya disahkan positif Covid-19 dan sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan.

"Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian," tulisnya.

Amitabh turut memuat naik fotonya yang kini berada di hospital meneruis akaun Instagram miliknya.

Pelakon Kabhi Khushi Khabie Gham itu dibawa ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan.

Amitabh turut dilaporkan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.

Sumber: The Indian Express

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain