suria

Selepas ditahan di hospital akibat cubaan bunuh diri, Mina AOA dibenarkan pulang

Mina dibuli semasa bergelar ahli kumpulan AOA.

SELEPAS dikejarkan ke hospital apabila berkongsi gambar cubaan bunuh diri di Instagram, bekas anggota kumpulan Kpop AOA iaitu Mina dilaporkan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Pihak pengurusan pelakon iaitu Woori Actors menerusi sebuah kenyataan memberitahu Mina dibenarkan pulang pada Ahad dan kini sedang berehat di rumah ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas ahli kumpulan AOA, Mina dikejarkan ke hospital selepas cubaan bunuh diri

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas pendedahan dibuli 10 tahun, Mina bekas ahli AOA 'unfollow' Seolhyun dan Chanmi

"Dia akan berehat kerana kestabilannya adalah keutamaan kami. Kami tidak mempunyai rancangan untuk apa-apa aktiviti dalam masa terdekat ini.

Mina dikejarkan ke hospital pada Sabtu selepas aktres itu memuat naik gambarnya cuba mencederakan diri berserta mesej berkaitan isu buli yang terjadi antara ahli kumpulan AOA.

Mesej tersebut ditujukan kepada Jimin, Seolhyun dan Ketua Pegawai Eksekutif FNC Entertainment iaitu Han Sung Ho.

Entri tersebut sudah dipadam daripada Instagram milik Mina sejurus selepas dia dibawa ke hospital.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Mina, AOA, Kpop, bunuh diri

Artikel Lain