suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanjay Dutt diagnosis kanser paru-paru tahap empat

Sanjay mengalami sesak nafas pada Sabtu lalu dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.

STATUS pelakon Sanjay Dutt di Twitter pada Selasa mengatakan dia akan berehat buat sementara dari dunia seni kerana rawatan kesihatan mencetuskan spekulasi.

Menerusi laporan Hindustantimes, Sanjay telah disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru tahap empat dan kini dirawat di Hospital Lilavati, Mumbai.

Malah, pelakon terkenal Bollywood itu akan diterbangkan ke United State untuk menjalani rawatan kanser tersebut dalam masa terdekat.

Pada Sabtu lalu, Sanjay telah dibawa ke hospital tersebut selepas dia mengalami sakit dada dan sukar bernafas.

Bagaimanapun, Sanjay dibenarkan pulang pada Isnin selepas keputusan ujian saringan wabak Covid-19 negatif.

"Sanjay dibawa ke hospital dalam keadaan sukar untuk bernafas. Tapi dia disahkan negatif Covid-19.

"Bagaimanapun, selepas jalani pemeriksaan kanser paru-paru, keputusannya positif," kata sumber dari hospital tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain