Lalui waktu sukar, Baim Wong pernah berhutang sebanyak RM425,000 selepas restoran 'gulung tikar'

Baim Wong tak berdendam walau pernah dituduh sebagai penipu oleh rakan.

PELAKON Indonesia Baim Wong mendedahkan dia pernah melalui kesusahan yang teruk semasa gagal mempertahankan bisnes restoran pada tahun 2012.

Menerusi temu bual yang dimuat naik di saluran YouTube Daniel Mananta Network pada Selasa, Baim berkata ketika bisnes yang dijalankan tersebut gagal bertahan, pelakon itu dihimpit hutang yang banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau bahaya Covid-19, Baim Wong diserbu peminat!

Dia turut dianggap sebagai penipu oleh rakan-rakannya namun tidak menyimpan dendam terhadap mereka.

"Pada waktu itu saya ditinggalkan dengan hutang, waktu itu hutangnya 1.5 bilion rupiah (RM425,205), duit tak ada lepas tu dikatakan penipu. Sejak itu, kawan-kawan pun bersangka buruk.

"Tapi pada ketika itu saya tak berdendam dengan mereka. Itulah titik tolak saya," katanya.

Dalam pada itu, Baim berkata dia dia banyak belajar dari insiden ini di mana tiada sesiapa pun yang boleh dijadikan sebagai teman terutamanya ketika seseorang itu berada dalam kemewahan.

"Tidak ada yang namanya kawan... kawan itu hanya ada ketika kita senang saja.

"Saya cakap seperti ini sekarang kerana mungkin saya hanya menjadi diri saya," ujarnya.

Restoran Pablo diasaskan pada tahun 2012 oleh Baim Wong bersama sebilangan rakan artis namun ia tidak dapat bertahan lama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Baim Wong

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik