suria

Tak hirau bahaya Covid-19, Baim Wong diserbu peminat!

Baim Wong diserbu peminat semasa kunjungan ke sebuah desa di Klaten, Indonesia.

RAKAMAN video memperlihatkan pelakon Baim Wong diserbu peminat ketika kunjungan ke Dusun Degaran, Karangdowo Klaten, Indonesia menjadi tular di laman sosial.

Menerusi akaun Facebook Kabar Bayat Klaten, seorang individu berkongsi video pendek situasi semasa Baim dan isterinya, Paula mengadakan kunjungan berkenaan.

"Artis Baim Wong ternyata sambutan hebat, orang Klaten luar biasa. Tadi siang pulang kampung diserbu para peminatnya.

"Sampaikan pihak keselamatan terpaksa turun untuk mencegah supaya tidak ada berkerumun kerana masih bahaya coronavirus. Artis idola memang luar biasa," tulis Tombo Gelo.

Dalam video berkenaan, Baim menerima sambutan hebat penduduk kampung sehinggakan rombongannya terpaksa dikawal polis.

Bagaimanapun ada netizen berasa kurang senang melihat aksi segelintir penduduk yang mengabaikan penjarakkan sosial ketika penularan wabak tersebut sedang memuncak di Indonesia.

Sementara itu, Ketua Kampung Sentono yang dikenali Mulyono berkata mereka mengalu-alukan kedatangan dan memberikan kebenaran kepada Baim dan rombongan mengunjungi desa mereka.

Difahamkan Baim menghantar seorang penduduk kampung, Gandung Ariharteja yang berjaya menyahut cabaran berbasikal ke Jakarta semata-mata ingin berjumpa Baim.

Baim dan rombonganya menaiki dua buah bas bersama hampir 15 orang kru.

"Kita sudah siap protokol Covid-19, kita sudah tegaskan kalau mahu ke lokasi harus memakai penutup muka, diperiksa suhu dan cuci tangan menggunakan sabun.

"Yang tak mahu ikut protokol tidak dibenarkan ke lokasi, kita berusaha mengatur jaga jarak. Semoga semuanya selamat!," kata Mulyono.

SUMBER: Hot Detik

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Baim Wong, Paula

Artikel Lain