suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tonton live IG sampai habis, Niall Horan digelar 'fanboy' Rose Blackpink!

Niall Horan turut jadi penonton Rose.

PENYANYI Niall Horan mula menjadi bahan bualan peminat apabila menjadi penonton setia sesi Instagram Live salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose.

Niall, 27, yang juga merupakan bekas ahli kumpulan One Direction dilihat turut meninggalkan beberapa emoji di ruangan komen.

Lebih menarik, peminat mula mendakwa penyanyi yang terkenal dengan lagu Nice To Meet Ya ini sebagai peminat Rose.

"Niall Horan meninggalkan komen sebanyak dua kali serta tonton sesi Instagram Live Rose sehingga habis! Memang fanboy Rose sejati.

"Wow Niall Horan tinggalkan emoji untuk tarik perhatian Rose," tulis peminat di laman sosial.



Niall turut tinggalkan komen berbentuk emoji tersenyum.

Dalam pada itu, nama Rose dan Niall menjadi trending gara-gara sesi Instagram tersebut.

Rose atau nama sebenarnya Roseanne Park, 23, juga sempat membuat beberapa jenaka dan menyantuni peminatnya menerusi sesi live tersebut yang dibuat pada petang Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Niall Horan, Rose, Blackpink

Artikel Lain