suria

Anak pengarah filem Hollywood Steven Spielberg ditangkap kerana pukul tunang sendiri

Steven Spielberg dan Mikaela Spielberg.

ANAK kepada pengarah filem terkenal Hollywood, Steven Spielberg sudah dibebaskan selepas ditangkap kerana melakukan serangan terhadap tunangnya pada 29 Februari lalu.

Memetik laporan Hollywoodlife, Mikaela Spielberg, 24, ditahan di dalam lokap semalaman dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak USD1,000 (RM4,200).

Mikaela dan tunangnya, Chuck Pankow memberitahu polis bahawa mereka pada mulanya minum di bar sebelum pulang ke rumah sekitar pukul 4 pagi.

Mereka kemudian mengaku berbalah antara satu sama lain.

Mikaela (kanan) ditangkap kerana didakwa melakukan serangan domestik terhadap tunangnya.

"Perbalahan bertukar semakin ganas apabila mangsa didakwa membuat komen kasar mengenai Mikaela. Mangsa menyatakan bahawa Mikaela berundur dengan ini dan menjadi ganas terhadapnya. 

"Mangsa mengatakan bahawa Mikaela terlalu berlebihan dalam pertengkaran antara mereka hingga mula bertindak ganas dengan membaling satu objek ke arahnya hingga menyebabkan kecederaan," demikian menurut kertas pertuduhan.

Mikaela dijangka hadir untuk dibicarakan di hadapan hakim pada 9 Mac ini.

Mikaela Spielberg, Chuck Pankow

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak