suria

Kylie Jenner bikin peminat keliru, sengaja ‘throwback’ foto mesra dengan Travis Scott

Kylie dan Travis sama-sama menguruskan isu penjagaan anak mereka yang bernama Stormi.

PERKONGSIAN foto kenangan bersama Travis Scott yang dimuat naik bintang sensasi Kylie Jenner di Instagram mengundang kekeliruan netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen mahu mengetahui status hubungan Kylie dan Travis memandangkan selebriti terkenal itu seakan memberi gambaran mereka sudah kembali bersama.

Namun sehingga kini, Kylie mahupun Travis memilih untuk mengunci mulut tanpa memberi pengesahan dan kenyataan berkenaan hubungan mereka.

Kylie memuat naik foto lama ketika mereka sedang bercinta.

Menerusi temu bual bersama Ellen DeGeneres baru-baru ini, ibu kepada Kylie iaitu Kris Jenner juga tidak pasti mengenai perkara itu.

"Saya tak tahu jika mereka sudah kembali bersama. Tetapi mereka sangat bagus dalam menguruskan penjagaan anak bersama," katanya.

Kylie dan penyanyi Travis Scott menjalinkan hubungan cinta pada 2017 namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada sekitar Oktober tahun lalu.

Pasangan itu mempunyai seorang anak bernama Stormi Webster yang kini berusia dua tahun.

Sumber - Hollywoodlife

Artikel Lain