suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emosi Ben Affeck terganggu semasa penggambaran filem 'The Way Back', terkenang bekas isteri Jennifer Garner

Ben pernah memberitahu dia menyesal membuat keputusan untuk bercerai dengan Jennifer.

PELAKON Ben Affleck mengakui dia mengalami gangguan emosi sepanjang menjalani penggambaran filem terbaharunya iaitu The Way Back.

Menerusi laporan Hollywoodlife, Ben memberitahu jalan cerita filem itu membuatkan dia terkenang perjalanan kehidupan peribadinya dengan bekas isterinya, Jennifer Garner.

"Kadang-kala perasaan itu datang semula dan menekan diri anda sedikit demi sedikit. Filem ini sangat sukar untuk dilakukan. Kadang-kadang rasa sangat sakit.

"Dan kadang-kadang saya berasa malu dan saya tidak percaya kehidupan saya seperti itu," katanya.

Sebelum ini, Ben pernah mendedahkan dia berasa menyesal kerana mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas isterinya yang juga seorang pelakon itu.

Ben Affleck, Jennifer Garner

Artikel Lain